Skip to main content

Cara Memohon dan Mendapatkan Bantuan Awal Ramadan 2023 RM500 One-Off Dari MAIWP Kerajaan Terkini


Baca Tentang Cara Memohon dan Mendapatkan Bantuan Awal Ramadan 2023 RM500 One-Off Dari MAIWP Kerajaan Terkini

Ramai yang mengucapkan rasa syukut dengan adanya satu lagi berita baik daripada kerajaan terkini. Kali ini rezeki bagi golongan asnaf terbela lagi dan bagi penerima yang layak, Bantuan Kewangan Bulanan di Wilayah Persekutuan akan diberikan. Ianya adalah Bantuan Ramadan 1444H Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan disalurkan bermula daru 27 Mac 2023 / 5 Ramadhan 1444H secara berperingkat kepada semua.
Memetik dari sumber media tempatan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan memberi bantuan Ramadan 1444H tersebut sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off) kepada semua penerima bantuan bulanan sedia ada MAIWP.
Ianya akan melibatkan semua penerima asnaf bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Dan untuk makluman bahawa [enyaluran bantuan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat kepada penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP.
Dan bagi mereka yang tidak tahu bahawa Bantuan Ramadan MAIWP ini bertujuan meringankan beban para asnaf dalam menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini yang mana ianya telah diluluskan oleh kerajaan terkini.
Sila ambil maklum juga, Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP dapat meringankan bebanan kewangan kepada semua golongan asnaf yang memerlukan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.
Berapa Jumlah bantuan yang diberikan? Jumlah adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.
Apakah Syarat Umum Permohonan Bantuan ini adalah sebagaimana berikut: 
  • Beragama Islam 
  • Warganegara Malaysia 
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan 
  •  Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Cara Memohon dan Mendapatkan Bantuan Awal Ramadan 2023 RM500 One-Off Dari MAIWP Kerajaan Terkini

Bagi Mereka yang ingin memohon bantuan ini boleh terus datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web rasmi DI SINI untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.
 
Semoga dengan Bantuan Ramadhan 1444H yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberi harapan yang sangat bermakna bagi membantu asnaf dalam menyambut bulan suci Ramadan. Sekian dari kami team Kecoh.Info
LAGI YANG MENARIK DI BAWAH INI

Newest Post
Comment Policy: Silahkan tuliskan komentar Anda yang sesuai dengan topik postingan halaman ini. Komentar yang berisi tautan tidak akan ditampilkan sebelum disetujui.
Lihat Komentar