Skip to main content

Cara Membuat Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2 i-Lestari KWSP Permohonan Secara Online Atas Talian



Cara Membuat Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2 i-Lestari KWSP Permohonan Secara Online Atas Talian : Inilah cara Keluarkan Duit Akaun 2 i-Lestari KWSP dengan mudah.

Umum ketahui bahawa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) telah dilanjutkan dan tarikh berakhirnya sehingga satu tempoh yang akan diberitahu oleh kerajaan.

Ianya adalah disebabkan oleh krisis wabak COVID-19 dan kerajaan Malaysian berusaha untuk menangani penularan yang lebih meluas.

Dengan itu (MTEN) Majlis Tindakan Ekonomi Negara telah memperkenalkan beberapa inisiatif yang merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi.

Antaranya adalah penangguhan bayaran pinjaman bank selama 6 bulan serta kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kemudahan ini membolehkan ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun untuk membuat permohonan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing berjumlah RM500 sebulan maksimum untuk tempoh 12 bulan.

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan permohonan pengeluaran wang KWSP Akaun 2 untuk rujukan mereka yang berminat dan berkelayakan.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bermula pada 18 Mac 2020, telah memberikan impak terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah yang kehilangan sumber pendapatan. Peniaga-peniaga kecil terpaksa menutup kedai, pemandu teksi dan grab kehilangan pelanggan, pekerja bergaji harian tidak menerima gaji.

Malah para majikan juga ramai yang menanggung kerugian kerana perusahaan dan perniagaan mereka terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Justeru, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif ini untuk membantu rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Keluar Caruman KWSP RM500 Sebulan Dari Akaun 2 (i-Lestari KWSP)
Untuk makluman semua, pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2 KWSP boleh dikeluarkan pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan akan dibuka bermula 1 April 2020
Panduan Langkah Cara Semak Penyata Akaun KWSP Online (i-Akaun – Baki & Status Pengeluaran)

Panduan Permohonan Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2 (i-Lestari)
Berikut adalah syarat-syarat pengeluaran wang di akaun 2 KWSP seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada media pada 23 Mac 2020 selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi.

Jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion:

SYARAT PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

  1. Merupakan warganegara Malaysia atau Permastautin Tetap. Untuk Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
  2. Berumur kurang daripada 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
  4. Had pengeluaran adalah pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan

Berikut adalah kaedah bagi mengeluarkan wang KWSP Akaun 2.
Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui TIGA (3) saluran berikut:-

KAEDAH PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

1. Secara Online
  • Pendaftaran secara dalam talian (e-Pengeluaran membuat permohonan pengeluaran i-akaun) bermula 1 April 2020

2. Melalui Emel
  • Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); Pendaftaran bermula 1 April 2020
  • Memakan masa lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual

3. Secara Pos
Pendaftaran bermula 1 April 2020
Secara pos/ pos berdaftar ke alamat:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
Dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat
Memakan masa lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual

Nota: Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli

Maklumat Lanjut, rujuk video berikut dari Berita RTM serta Soalan Lazim (FAQ) di bawah ini:-
AHLI KWSP 55 TAHUN KE BAWAH BOLEH KELUARKAN WANG DARIPADA AKAUN 2
SOALAN LAZIM i-LESTARI KWSP (FAQ)

Berikut adalah sebahagian daripada soalan lazim asas berkaitan dengan pengeluaran i-Lestari KWSP buat rujukan ahli/ pencarum KWSP.

1. Bilakah ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?
Ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020.

2. Apakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?
Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:-

i. Apa-apa baki simpanan dalam Akaun 2 tidak melebihi jumlah maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan tertakluk kepada:
Baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021
ii. Pengeluaran boleh dibuat bagi tempoh satu tahun iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada para 2(i)
iii. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020

3. Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.
Jumlah maksimum RM50 sebulan ini adalah jumlah yang munasabah bagi menambah sumber kewangan ahl untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

4. Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

5. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 ketika ini.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik COVID-19 akan berakhir selepas tempoh itu.

Untuk maklumat yang lengkap, sila muat turun FAQ di pautan Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari

Inisiatif Lain KWSP Akibat Wabak COVID-19
Sebelum ini, Kerajaan pada hujung Februari lalu juga telah mengumumkan pengurangan kadar caruman KWSP daripada 11% kepada 7% akibat penularan wabak COVID-19. Pengurangan sebanyak 4% yang akan dilaksanakan berkuatkuasa pada bulan April 2020 sehingga hujung tahun.

Ianya bagi membolehkan pekerja yang terlibat meraih duit gaji yang lebih berbanding sebelum ini. Ia adalah langkah bagi membantu pekerja yang terkesan. Untuk membeli barang keperluan seperti makanan dan minuman sepanjang krisis wabak COVID-19 ini.
Maklumat Lanjut i-Lestari KWSP

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Permohonan Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2, sila layari:

Portal Rasmi KWSP
Pertanyaan : ilestari@epf.gov.my
Facebook Rasmi KWSP


Semoga perkongsian berkaitan permohonan pengeluaran wang KWSP Akaun 2 berjumlah RM500 sebulan dapat membantu anda yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Diharapkan semua inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan digunakan sebaiknya oleh rakyat.

Comment Policy: Silahkan tuliskan komentar Anda yang sesuai dengan topik postingan halaman ini. Komentar yang berisi tautan tidak akan ditampilkan sebelum disetujui.
Lihat Komentar