Skip to main content

Saman RM300 Jika Tak Pakai Tali Pinggang Tempat Duduk Belakang Kereta - Kementerian




“Alahhhh tak pakai tali pinggang belakang ni okay kot”

Masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih tidak peka dengan penggunaan tali pinggang tempat duduk belakang.
Ramai yang masih fikir jika sekatan jalan raya dijalankan, sesiapa yang tidak memakai tali pinggang di tempat duduk hadapan sahaja yang akan disaman.

Tapi, bila dah masuk tahun 2020 ini anda perlu berhati-hati!

SAMAN RM300 JIKA TAK PAKAI SEATBELT BELAKANG KERETA
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini mengumumkan bahawa bermula tahun ini penumpang yang duduk di bahagian belakang kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar akan disaman sebanyak RM 300.

Penguatkuasaan ini akan dikenakan jika operasi sekatan jalan raya dijalankan.

Penguatkuasaan undang-undang berkaitan pemakaian tali pinggang belakang ini juga diwajibkan selari dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Namun, masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih belum peka dengan perlaksanaan kewajipan memakai tali pinggang keledar penumpang belakang kereta ini.
Hal ini kerana, kerajaan masih lagi mempertimbangkan mengenai saman tersebut dalam tempoh 3 tahun.

INDIVIDU UMUR 17 TAHUN KE ATAS BERJAGA-JAGA!
Jelas Anthony Loke, bermula tahun 2020 undang-undang tersebut akan dikuatkuasakan secara tegas.
Jika dijumpai sesiapa yang berumur 17 tahun dan keatas tidak memakai tali pinggang di tempat duduk belakang kereta ketika operasi dijalankan, secara automatik saman RM 300 akan dikenakan.

Manakala, jika individu yang dijumpai berumur kurang dari 17 tahun, pemandu kereta yang akan dikenakan tindakan.

Undang-undang ini dihebahkan selepas kerajaan mengambil keputusan untuk menyaman perokok yang merokok di premis kedai makan.

Comment Policy: Silahkan tuliskan komentar Anda yang sesuai dengan topik postingan halaman ini. Komentar yang berisi tautan tidak akan ditampilkan sebelum disetujui.
Lihat Komentar